Memperkasa Pendidikan Tinggi Bumiputera Negara

SEBAHAGIAN besar graduan keluaran IPTS Bumiputera terus diserap ke dalam pasaran kerja dan menjadi usahawan teknologi dalam tempoh kurang dari enam bulan selepas hari graduasi mereka.

Pengenalan

Kongres Pendidikan Bumiputera anjuran UMNO baru-baru ini melabuhkan tirainya dengan pelbagai resolusi besar yang menzahirkan hala tuju baharu masa depan pendidikan anak bangsa.

Ia adalah langkah intervensi strategik yang amat bertepatan dengan masanya, tatkala landskap pendidikan global dan domestik sedang mengalami peralihan dan cabaran yang pantas.

Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM), entiti nasional berdarah yang diiktiraf mewakili kepentingan usahawan pendidikan Bumiputera dari seluruh negara menyambut baik dan memuji inisiatif menghimpunkan perdana serta semua pemegang taruh ini.

Persoalan Besar: Mengapa Suara IPTS Bumiputera Tergendam?

Di sebalik kegembiraan meraikan resolusi demi resolusi, timbul satu persoalan besar yang memberengku dan meresahkan kami di lapangan, mengapa suara dan ke- lulusan usahawan IPTS Bumiputera seakan-akan tergendam dalam perbincangan arus perdana kongres ini?

Pengakuan Pahit Tan Sri Dr.Noor Azlan Ghazali

Persoalan ini menjadi semakin mendesak apabila kita meneliti kenyataan beliau yang dibangkitkan pada kongres berkenaan oleh Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali. Beliau secara jujur dan tegas mengakui bahawa sehingga ke hari ini, negara kita sebenarnya masih tidak mempunyai satu ‘Agenda Pendidikan Bumiputera’ yang syumul dan terintegrasi.

Pengkuan mantan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia itu adalah satu realiti yang pahit tetapi perlu ditelan. Jika selama puluhan tahun perancangan pendidikan kita didakwa bergerak tanpa satu kompas atau agenda yang benar-benar berstruktur, maka di manakah sebenarnya letak duduk IPTS Bumiputera dalam radar peranan masa depan negara?

Umpama ‘anak tiri’

Adakah kerajaan dan para penggubal dasar masih memandang IPTS Bumiputera sekadar ‘kelas kedua’ atau institusi kapital semata-mata? Amat ironis apabila kita melupakan agenda memperkasa ekonomi dan pendidikan Bumiputera pada tahap tertinggi, namun usahawan Bumiputera yang berdarah dan berkeringat membangunkan sektor pendidikan ini seolah-olah dilayan umpama anak tiri di tanah air sendiri.

IPTS Bumiputera Bukan Kelas Kedua

Kita tidak boleh terus diluti nostalgik dan retorik bahawa hanya institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan institusi pendidikan tinggi di bawah naungan Mara sahaja yang mampu berperan menjadi wira dan penyelamat umat Melayu dan Bumiputera.

Kerajaan harus sedar, kapasiti IPTA ada hadnya dan kelompok ini telah lama diisi oleh kadar IPTS Bumiputera secara senyap, tanpa merenggek merajuk dan perbincangan bangunan kerajaan.

Hakikat PKIBM: 54 Institusi, 150,000 Kapasiti, Impak Nyata

Hakikatnya, IPTS Bumiputera merupakan komponen strategik utama negara yang memiliki tanggungjawab serampang dua mata; kami adalah ejen pendemokrasian pendidikan dan serentak dengan itu, kami adalah bukti kukuh keupayaan Bumiputera memacu sektor perkhidmatan pendidikan dengan cemerlang. PKIBM pada hari ini, secara rasminya menghimpunkan 54 buah institusi pendidikan tinggi swasta Bumiputera yang berdaya tahan, teguh, dan kekal kompetitif walaupun diuji pelbagai krisis.

Contoh Kejayaan Institusi Ahli PKIBM

Secara kolektifnya, rangkaian institusi di bawah naungan kami ini mempunyai kapasiti infrastruktur yang sangat besar, mampu menawarkan lebih 150,000 tempat pengajian untuk anak-anak bangsa pada satu-satu masa.

Lihat sahaja kepada kerencaman kepakaran dan keupayaan institusi ahli kami, contohnya Management & Science University (MSU) yang kini unggul dan tersenarai di persada penarafan antarabangsa, membuktikan institusi bumiputera tempat mampu menyaingi universiti luar.

Begitu juga dengan University College of Aviation Malaysia (UniCAM) yang berjaya melahirkan pakar dan tenaga mahir kritikal dalam sektor industri penerbangan, yang sangat kompetitif. Tidak ketinggalan Universiti Geomatika Malaysia (UGM) yang memfokuskan kepada bidang sains spasial terkini.

Selain itu, Kolej UNITI merupakan IPT pertama di dunia menawarkan program Diploma Pengurusan Industri Halal pada tahun 2013 ketika negara me-rangka strategi menjadikan Malaysia sebagai peneraju standard halal dunia. Hari ini ratusan alumni Diploma Pengurusan Industri Halal Kolej UNITI merupakan bakal halat di pelbagai sektor industri halal negara, serantau dan antarabangsa.

50 buah IPT PKIBM lain bertaraf universiti, kolej universiti dan kolej pula menawarkan program-program pengajian kritikal khususnya perubatan, sains kesihatan, kejuruteraan teknikal, teknologi maklumat, pendidikan, pemasaran, pengurus bertarafkan komuniti dan holistik.

Rekod kebolehpasaran Graduan: Bukti Kuala

Institut-institusi ini sekadar contoh membuktikan bahawa IPT PKIBM menguasai sepan spectrum akademik, dari program sijil, diploma sehinggalah ke ijazah lanjutan dalam bidang kritikal seperti kejuruteraan, perubatan, teknologi maklumat (IT), dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Fakta dan data tidak pernah berubah. Kualiti program pengajaran IPT PKIBM diterjemahkan dengan jelas melalui kadar kebolehpasaran graduan lepasan ahli PKIBM yang secara purata-nya dan secara konsisten me-lepasi paras 85 peratus.

Malahan, rekod PKIBM menunjukkan sebahagian besar graduan keluaran IPTS Bumiputera itu terus diserap ke dalam pasaran kerja atau pantas bangkit menjadi usahawan teknologi dalam tempoh kurang dari enam bulan selepas hari graduasi mereka.

Semua ini dicapai kerana setiap program akademik kami melalui proses tapisan kualiti, audit dan pengiktirafan yang amat ketat oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta badan-badan profesional berkaitan.

PKIBM Sebagai “Jambatan” Untuk Pelajar Bumputera Tercicir

Apabila Kongres Pendidikan Bumiputera menggariskan resolusi untuk memperhebat pendidikan, menaik taraf kualiti TVET, dan merapatkan jurang akses pendidikan bagi masyarakat luar bandar, di sinilah rasionalnya kerajaan melihat peranan PKIBM secara berbeza.

Solusi Praktikal: Mengapa PKIBM Lebih Efisien?

Kerajaan tidak lagi perlu membelanjakan dua berbilion ringgit untuk membina kampus baharu, makmal tambahan atau menggaji pensyarah baharu bagi menopang resolusi tersebut, kerana infrastruktur moden dan pakar tersebut telah pun tersedia di 54 kampus ahli PKIBM.

Laluan Alternatif Untuk Pelajar

Kami menawarkan diri sebagai rakan penggenap kepada kekuatan sistem sedia ada, menjadi ‘jambatan’ penyambung impian bagi pelajar Bumiputera yang layak namun gagal mendapat tempat di IPTA disebabkan sistem kuota UPU atau kekangan akses tempatan.

Isu keciciran dan halangan akses ke pendidikan tinggi, terutamanya bagi lepasan sekolah dari keluarga B40 dan anak-anak dari kawasan pedalaman, kekal menjadi dawai yang menghalang mobiliti sosial Bumiputera. Apa maknanya universiti-universiti kita tersenarai megah di papan ranking dunia dan Asia sekiranya akses anak-anak bumiputera ke pendidikan tinggi jauh rendah.

Birokrasi awam dan syarat kemasukan IPTA yang kadang-kala terlalu rigid dan tidak berbelas kasihan sering kali membunuh potensi generasi muda, terutamanya golongan pelajar yang lambat matang (late bloomers).

Di sinilah jentera institusi PKIBM beroperasi dengan lebih anjal, inklusif dan berpenetrusian selain juga menawarkan laluan alternatif melalui yuran yang fleksibel, dana biasiswa dalam serta bimbingan kaunseling yang akrab dengan komuniti.

Artikel Berkaitan:

Seruan PKIBM: Libatkan Kami Dalam Pembentukan Dasar

Oleh yang demikian, PKIBM menerima saranan tegas kepada kerajaan bahawa sudah tiba masanya kerangka pemikiran dasar pendidikan negara diubah daripada silo IPTA kepada ekosistem yang menyeluruh.

3 Tuntutan Utama PKIBM

PENGIBATAN RASMI DALAM JAWATANKUASA DASAR
• Wakil PKIBM dalam jawatankuasa pemandu pasca-kongres
• Suara pemain industri sebagai pemutus dasar, bukan sekadar penerima arahan

INSENTIF & PEMBIAYAAN KHUSUS
• Geran padanan (matching grants) untuk program kritikal
• Kuota tajaan Mara/JPA lebih besar untuk IPTS terpilih
• Skim pembiayaan lebih ringan untuk pelajar Bumiputera

KERJASAMA STRATEGIK IPTA-IPTS-PKIBM
• Perkongsian fasiliti, kepakaran & sumber
• Laluan perpindahan kredit yang dipermudah
• Program bersama untuk TVET & pendidikan luar bandar

Justeru, persatuan ini menggesa wakil daripada PKIBM mesti dilibatkan secara rasmi dan terus dalam setiap jawatankuasa pemandu atau majlis tindakan urusan pasca-kongres ini. Suara pemain industri di lapangan harus diangkat sebagai pemutus dasar, bukan sekadar penerima arahan.

Dengan kapasiti kolektif ahli PKIBM 150,000 tempat wajarlah IPT bumiputera ini turut dilihat sebagai benteng ampuh bersama-sama UiTM dan Mara untuk melonjakkan bukan sekadar akses tetapi penyediaan medan latihan membangunkan generasi madani bumiputera.

Kedua, kerajaan perlu mewujudkan inisiatif geran padanan (thas, peruntukan kuota tajaan Mara/JPA yang lebih besar, atau keistimewaan pembiayaan yang lebih ringan buat anak-anak Bumiputera yang menyambung pengajian dalam program kritikal di IPTS terpilih.

Penutup

Kesimpulannya, kerajaan mesti melihat kelangsungan IPTS Bumiputera ini sebagai sebahagi daripada elemen keselamatan strategik pembangunan modal insan negara.

Pastinya, PKIBM tidak mahu sekadar berada di luar dewan mendengar deretan resolusi sebaliknya mahu diiktiraf sebagai rakan strategik sejati dalam memastikan tiada sepotong pun harapan anak Bumiputera untuk ke menara gading akan dinaikkan.

AMIR HAMDAN MD ISA ialah Presiden Persatuan Kebangsaan IPT Bumiputera Malaysia

Sumber: Kosmo

Leave a Reply