Skip to main content

Pimpinan Tertinggi

Haslin Hamzah

Haslin Hamzah

Dekan Fakulti Pengurusan dan Industri Halal

  • Kelulusan:
    Ijazah Sarjana Muda Perbankan (Kepujian), Universiti Utara Malaysia.
  • Pengalaman:
    15 tahun pengalaman di sektor pendidikan.

Mesej daripada Dekan Fakulti Pengurusan dan Industri Halal

Assalamualaikum w.b.t. Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberikan peluang untuk memberikan sepatah dua kata bagi mewakili Fakulti Pengurusan dan Industri Halal, Kolej UNITI.

Saya bagi pihak fakulti ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Alumni fakulti dan Kolej UNITI serta para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Kolej UNITI. Saya, bagi pihak Kumpulan Pendidikan UNITI ingin kerana telah memilih Kolej UNITI sebagai PILIHAN TERBAIK ANDA untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi demi masa depan yang lebih cemerlang.

Untuk makluman semua, Fakulti Pengurusan dan Industri Halal menawarkan program berkaitan Halal, pelancongan, perniagaan, perakaunan, pengurusan teknologi, kewangan Islam dan pengajian Islam. Kolej UNITI merupakan kolej pertama yang menawarkan Diploma Pengurusan Industri Halal di Malaysi. Alhamdulillah sekarang perkembangan dan pengetahuan berkaitan Halal semakin berkembang.

Fakulti juga menekankan pendidikan berkualiti, memenuhi keperluan industri dan melatih pelajar menjadi pelajar yang mampu berdaya saing dalam alam pekerjaan melalui aktiviti serta subjek yang di ajar sepanjang pengajian mereka disini.

Besarlah harapan kami di fakulti agar semua pelajar yang tamat di Kolej UNITI dapat menerus pengajian diperingkat yang lebih tinggi dan membina kerjaya yang semerlang di masa akan datang. Tahniah sekali lagi kepada para pelajar yang telah memilih kami sebagai institusi pengajian tinggi bagi anda membina masa depan yang lebih baik dan tidak lupa juga SELAMAT DATANG KEPADA BAKAL PELAJAR KE KOLEJ UNITI. Mari kita bersama-sama bergerak dan memcorak masa depan yang lebih cemerlang di masa hadapan.

UNITI PILIHAN TERBAIK ANDA.
Terima Kasih.

Haslin binti Hamzah
Dekan Fakulti Pengurusan dan Industri Halal

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke UNITI!
Biar saya bantu anda mencari Fakulti yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik \'Open Chat\' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami