Skip to main content

Pimpinan Tertinggi

Habsah Abdul Shaer

Habsah Abdul Shaer

Dekan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan

  • Kelulusan:
    • Master in Sc (Microelectronic)
    • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik, Elektronik dan Sistem)
  • Pengalaman:
    Saya memulakan kerjaya sebagai seorang pensyarah dalam bidang Kejuruteraan Elektronik di Kolej Uniti sejak 1999 dengan hasrat untuk berkongsi ilmu dan memberi inspirasi kepada generasi muda yang bakal menjadi pemimpin teknologi masa depan. Sebagai seorang pendidik, saya sentiasa berusaha mencipta suasana pembelajaran yang interaktif dan berfokuskan pelajar. Saya percaya bahawa pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman dan penyelesaian masalah adalah kunci untuk memupuk kefahaman mendalam dalam bidang yang kompleks ini. Justeru, saya kerap mengintegrasikan projek praktikal dan kajian kes dalam pengajaran saya untuk memastikan pelajar dapat mengaplikasikan teori ke dalam dunia nyata.
  • Kepimpinan:
    Memimpin organisasi akademik yang dinamik dan memastikan ia mencapai matlamat strategik yang telah ditetapkan. Kepimpinan di peringkat fakulti memerlukan visi yang jelas, keupayaan membuat keputusan yang bijaksana, dan pendekatan yang inklusif untuk menggerakkan seluruh warga fakulti ke arah kecemerlangan. Kepimpinan yang berkesan bukan hanya tentang mengarahkan, tetapi juga mendengar, memotivasi, dan memberi inspirasi agar fakulti dapat menjadi pusat kecemerlangan yang memberikan impak positif kepada masyarakat.

Mesej daripada Dekan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Segala Puji Bagi Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saya mengalu-alukan kehadiran semua pelajar ke Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan (FTK) yang sentiasa komited dalam menyediakan pendidikan bertaraf tinggi dalam bidang teknologi, kejuruteraan, dan komunikasi. Terima kasih kerana memilih FTK sebagai destinasi untuk melanjutkan pelajaran. Pilihan anda adalah langkah penting dalam mencapai kejayaan akademik dan profesional.

FTK menawarkan pelbagai program diploma yang direka khusus untuk memenuhi keperluan industri semasa dan masa hadapan dan semua program yang ditawarkan di FTK telah mendapat akreditasi penuh dari pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 

Selain menumpukan kepada kecemerlangan akademik, FTK juga mementingkan pembangunan keusahawanan dalam kalangan pelajar. Kami menyediakan platform untuk pelajar mempelajari selok-belok dunia perniagaan melalui permis perniagaan untuk reka bentuk dan percetakan yang dikendalikan oleh fakulti. Perniagaan ini bukan sahaja menawarkan peluang pembelajaran praktikal, tetapi juga melatih pelajar untuk memahami pengurusan operasi, kreativiti, dan kepimpinan dalam perniagaan sebenar.

Di FTK, kami percaya bahawa pendidikan adalah kunci kepada masa depan yang lebih baik. Oleh itu, kami menyediakan kurikulum yang relevan, sokongan akademik, bimbingan kerjaya, dan aktiviti ko-kurikulum yang holistik. Dengan kemudahan pembelajaran yang lengkap dan tenaga pengajar berpengalaman, kami bertekad untuk membantu para pelajar berkembang menjadi individu yang kompeten, kreatif, dan bersedia menghadapi cabaran dunia profesional.

Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar baharu dan sedia ada. Manfaatkanlah setiap peluang yang ditawarkan di FTK untuk mencapai potensi anda sepenuhnya. Kami sentiasa bersedia untuk menyokong anda dalam perjalanan ini.

Sekian, terima kasih.

Habsah Binti Abdul Shaer
Dekan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke UNITI!
Biar saya bantu anda mencari Fakulti yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik \'Open Chat\' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami