Fakulti
Mulakan Masa Depan Anda
di Kolej UNITI Port Dickson
Daftar Minat
Kemasukan 2026
"*" indicates required fields
3 Program
Diploma
Rekabentuk
Grafik
3 Tahun
Kemahiran dalam mencipta karya seni dan rekabentuk termasuk pembelajaran menggunakan perisian terkini (iaitu: 3D Max) untuk kemahiran industri terkini.
Diploma
Teknologi Maklumat
3 Tahun
Program yang membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan aplikasi, pangkalan data, rangkaian komputer serta keselamatan siber bagi memenuhi keperluan industri digital.
Diploma
Komunikasi & Media
3 Tahun
Penerbitan berita & media bagi penyiaran fotografi, pengiklanan. Penulisan media, produksi audio dan video, penyiaran televisyen dan radio komersil, dan percetakan menggunakan alat dan perisian terkini.
Fakulti Pengurusan Dan Industri Halal
9 Program
Diploma Perakaunan secara kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA
3 Tahun
Diploma in Accountancy (DIA) direka untuk melahirkan graduan Bumiputera yang berkemahiran dalam bidang perakaunan di peringkat subprofesional. Program francais di bawah UiTM ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan dalam perakaunan dan pengurusan, serta kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif dan profesional. Graduan berpeluang membina kerjaya sebagai akauntan yang kompeten dan menyumbang kepada kejayaan organisasi.
Diploma Pengajian Perniagaan secara kerjasama dengan UiTM
2.5 Tahun
Program ini memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar dalam bidang perniagaan melalui pengajian selama 2½ tahun (5 semester). Pelajar mempelajari pelbagai disiplin seperti perakaunan, ekonomi, pemasaran, pengurusan, matematik, statistik, teknologi maklumat, undang-undang serta komunikasi. Program ini turut menjadi laluan kukuh untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perniagaan.
Diploma Pengeluaran Produk Halal
3 Tahun
Diploma in Halal Product Manufacturing (DHPM) memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan, pengeluaran serta pengurusan produk halal merentasi pelbagai industri. Program ini melahirkan graduan yang mampu membangunkan produk halal inovatif dan berpeluang berkerjaya sebagai Eksekutif Halal, usahawan halal atau profesional dalam industri halal di dalam dan luar negara.
Diploma
Pengurusan
Pelancongan
3 Tahun
Memperolehi pengetahuan asas serta kemahiran yang diperlukan dalam industri Pelancongan Mesa Muslim Pelajar juga bakal mempunyai kemahiran dalam pengurusan seperti dalam bidang pemasaran, sumber manusia, kepimpinan dan kemahiran menggunakan komputer.
Diploma
Pengajian
Islam
3 Tahun
Pengenalan mengenai ilmu-ilmu asas Islam dan pemahaman melalui manhaj atau cara Rasulullah berdasarkan Al-Quran dan As Sunnah yang sahih bersesuaian dengan kafahaman generasi pertama. Sebahagian dari kursus merangkumi topik mengenai perkaitan segera dan praktikal kepada para pelajar.
Diploma
Pengurusan Industri
Halal
3 Tahun
Pengetahuan dan pelaksanaan amalan halal terutama dalam operasi perkhidmatan dan pengurusan industri halal termasuk makanan,kosmetik dan lain-lain.
Diploma
Kewangan Islam
3 Tahun
Pertumbuhan industri kewangan islam semakin berkembang dengan pesat, dan memerlukan lebih ramai graduan dalam industri ini. Tumpuan kepada asas-asas syariah dan kewangan islam. Dengan nilai tambah program latihan Sijil Operasi Perbankan Islam, Certificate of Islamic Banking Operation (CIBO).
Diploma
Pengurusan
Perniagaan
3 Tahun
Mempelajari bidang pentadbiran perniagaan, ekonomi, kewangan, pemasaran, keusahawanan dan inovasi, pengurusan khidmat pelanggan, pengurusan sumber manusia, perniagaan antarabangsa, pengurusan acara dan pengurusan runcit.
Diploma
Perakaunan
3 Tahun
Gabungan pengajian dalam perakaunan dengan undang-undang, kewangan dan pengurusan. Subjek pengajian anda termasuk perakaunan kewangan, prinsip ekonomi, undang-undang perniagaan, percukaian, audit dan pengurusan kewangan.
Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia
3 Program
Diploma
Pendidikan Awal
Kanak-kanak
3 Tahun
Mempelajari sektor pendidikan/asuhan,keusahawanan (tadika/taska), pengurusan pendidikan, psikologi kanakkanak, pelukis atau penulis buku cerita kanak-kanak, pereka alat bantu mengajar dan permainan kanak-kanak.
Diploma
Pendidikan Islam
Sekolah Rendah
3 Tahun
Mengkhususkan pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah seperti Akhlak, Figh, Ibadah, Sirah, Al-Quran dan aspek tambahan yang dapat meningkatkan kemahiran graduan yang diperlukan dalam industri seperti psikologi, keusahawanan dan teknologi pendidikan.
Diploma
Psikologi
3 Tahun
Gabungan pengetahuan yang merangkumi pelbagai bidang terutamanya dalam bimbingan dan kaunseling, metodologi penyelidikan, pentaksiran juga modifikasi tingkah laku yang disuaipadankan dengan akademik, sosioekonomi dan budaya.
Pencapaian
Anugerah & Pengiktirafan
Graduan
Aktif
Mengapa Memilih Kolej Uniti?
Ramai yang telah mengambil langkah pertama mereka ke arah kejayaan bersama Kolej UNITI Port Dickson. Jadilah sebahagian daripadanya sekarang!
IPT YANG KUKUH
Kolej UNITI telah berpengalaman selama 29 tahun sebagai institusi pendidikan
TEMPAT BELAJAR STRATEGIK
Tempat yang sesuai untuk belajar dengan suasana tempat yang tenang dan selesa untuk pelajar
JAMINAN PENGINAPAN
Kemudahan penginapan asrama disediakan sepenuhnya kepada semua pelajar sehingga tamat pengajian
LATIHAN INDUSTRI DISEDIAKAN
Pelajar akan dilatih melalui latihan industri mengikut bidang
KOLEJ KEUSAHAWANAN
Kolej UNITI sentiasa berusaha menyediakan peluang kepada pelajar untuk menjadi usahawan muda
YURAN YANG BERPATUTAN
Skim bayaran yang ber patutan akan disediakan untuk memudahkan pelajar membuat bayaran yuran semester
Video
Tonton pengalaman menarik di Kolej UNITI
Koperasi
Kafeteria
Penginapan
Alumni
Cipta Kejayaan
Bersama Kami
Di Kolej UNITI, kami percaya setiap individu mempunyai potensi untuk mencipta masa depan yang gemilang.
Kami komited menyediakan pendidikan yang holistik, seimbang, dan berteraskan nilai-nilai murni.
Bersama komuniti pelajar dan pendidik yang berdedikasi, Kolej UNITI adalah tempat di mana impian anda bermula dan kejayaan tercipta.
