Fakulti Pengurusan Dan Industri Halal

Diploma Kewangan Islam

KOD KELULUSAN
R3/0413/4/0016

TEMPOH KELULUSAN
24/6/2024 – 23/6/2029

KOD AKREDITASI
A 9289

TEMPOH PENGAJIAN
3 TAHUN

Daftar Minat
Kemasukan 2026

"*" indicates required fields

isi dalam format +60137195173

Apa Kata Alumni?

Maklumat Program
Diploma Kewangan Islam

Pertumbuhan industri Kewangan Islam semakin berkembang dengan pesat, dan in memerlukan lebih ramai graduan dalam industri ini. Diploma Kewangan Islam Kolej UNITI memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, dengan tumpuan kepada asas-asas syariah dan kewangan Islam.

Pengenalan:

  • Diploma Kewangan Islam (Fintech) memberi tumpuan kepada penggabungan prinsip kewangan Islam dengan perkembangan teknologi kewangan (Financial Technology). Program ini bertujuan melahirkan graduan yang memahami asas Syariah dalam kewangan Islam serta mampu mengaplikasikan teknologi digital seperti pembayaran tanpa tunai, perbankan digital, e-dompet, blockchain, dan platform kewangan atas talian secara patuh Syariah.
  • Pelajar akan didedahkan kepada konsep kewangan Islam seperti perbankan Islam, takaful, pelaburan patuh Syariah dan pengurusan zakat, di samping memahami bagaimana inovasi fintech dapat meningkatkan kecekapan, ketelusan dan keterangkuman kewangan tanpa melanggar prinsip Syariah seperti riba, gharar dan maisir. Penekanan juga diberikan kepada aspek keselamatan data, tadbir urus Syariah dan pematuhan peraturan dalam ekosistem kewangan digital.

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal yang relevan dengan keperluan industri kewangan Islam moden, sejajar dengan transformasi digital sektor kewangan di Malaysia dan peringkat global. Graduan berpeluang untuk melanjutkan pengajian atau membina kerjaya dalam bidang perbankan Islam digital, fintech patuh Syariah, takaful digital dan perkhidmatan kewangan berasaskan teknologi.

 

Kenapa Pilih DKI?

  • Syarat kemasukan minimum
  • Kuliah yang komprehensif
  • Patuh Syariah & Beretika
  • Relevan dengan Industri Masa Kini
  • Peluang Kerjaya yang Luas
  • Gabungan Ilmu & Kemahiran Praktikal
  • Asas Kukuh untuk Sambung Belajar
  • Permintaan Tinggi dalam Pasaran
  • Membentuk Graduan Berintegriti

Syarat Kelayakan
Diploma Kewangan Islam

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat TIGA (3) kredit dan lulus matematik atau yang setaraf dengannya ; ATAU
  •  Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 1 kredit atau sijil yang diiktiraf (Tahap 3, MQF ) atau yang setara dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau yang setara dengannya; ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia; DAN
  • Lulus Bahasa Arab pada peringkat SPM atau setara dengannya.
NOTA :

  • i. Kelulusan Matematik pada peringkat SPM bagi calon ( i ) boleh diketepikan sekiranya kelayakan mengandungi Matematik dengan setaa/ lebih tinggi dari pencapaian,
  • ii. Calon program Muamalat tanpa lulusan Bahasa Arab pada peringkat SPM atau setara dengaanya, diwajibkan mengikuti kursus peningkatan Bahasa Arab pada permulaan program.
  • iii. Kursus peningkatan Bahasa Arab juga terpakai kepada calon dalam Ekonomi Islam, Kewangan Islam dan Pentadbiran Muamalat kecuali kepada calon yang lulus Bahasa Arab pada peringkat SPM atau setara/lebih tinggi.
  • iv. Pelajar mesti lulus kursus peningkatan Bahasa Arab sebagai prasyarat untuk kursus teras yang berkaitan. Walau bagaimanapun, ini masih membolehkan pelajar mengambil kedua-dua teras dan kursus bukan teras yang tidak memerlukan peningkatan Bahasa Arab
  • v. Kredit untuk kursus peningkatan Bahasa Arab adalah tambahan kepada program dan boleh dipertimbangkan untuk kredit bergraduat,

Prospek Kerjaya

Graduan Dalam Diploma Kewangan Islam Boleh Mendapat Masa Depan Yang Cerah Dalam Industri Yang Semakin Berkembang Ini. Mereka Akan Dapat Mencari Pekerjaan Sebagai Pegawai Di Jabatan Kerajaan Dan Sebagai Penolong Pegawai Perbankan Dalam Sektor Perbankan Islam, Sektor Kewangan Dan Sebagai Perunding Muamalat (Wasiat, Pelaburan, Zakat).

Peluang Menyambung Pengajian

Pelajar Yang Lulus Dari Diploma Kewangan Islam Boleh Melanjutkan Pengajian Peringkat Sarjana Mereka Di Pelbagai Institut Pengajian Tinggi Malaysia Dalam Program Berikut Ijazah Sarjana Muda Dalam Kewangan Islam, Ijazah Sarjana Muda Dalam Perbankan Islam, Ijazah Sarjana Dalam Ekonomi.

Struktur Kursus
Diploma Kewangan Islam

  • Aqidah Islamiyyah
  • Ekonomi Islam
  • Asas Keusahawan Islam
  • Basic English
  • Usul Fiqh
  • Penghayatan Etika dan Peradaban
  • Bahasa Arab Perdagangan
  • Qawaid Fiqhiyyah
  • Business Mathematics
  • Principles of Marketing
  • Fiqh Muamalat
  • Pengantar Pemikiran Kritis dan Kreatif/Bahasa Kebangsaan
  • Business Statistics
  • Islamic Financial System
  • Kursus Integriti dan Antirasuah
  • Accounting
  • Commercial Law
  • Computer Application in Business
  • Ko-kurikulum
  • Fundamentals of Takaful
  • Introduction to Islamic Banking and Its Practices
  • Islamic Social Finance
  • Fundamentals of Finance
  • Khidmat Sosial
  • Business Communication
  • Islamic Financial Planning and Wealth Management
  • Investment Management
  • Islamic Management
  • Risk Management
  • Latihan Industri

Brosur Program
Diploma Pengurusan Muamalat