Fakulti Pengurusan Dan Industri Halal

Fakulti Pengurusan Dan Industri Halal menyediakan kursus yang memberi fokus ke arah membina kerjaya dalam perniagaan, perakaunan, pengurusan industri halal, perbankan Islam, pengurusan pelancongan dan pengajian Islam.

FPIH berdedikasi untuk membantu dan memastikan pelajar mendapat gabungan pengalaman pembelajaran secara teori dan praktikal yang terbaik melalui subjek-subjek yang ditawarkan.

Fakulti ini menawarkan program berteraskan kepatuhan syariah, pengurusan halal yang relevan dengan industri global.

Daftar Minat
Kemasukan 2026

"*" indicates required fields

isi dalam format +60137195173

9 Program

Diploma Perakaunan secara kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA

3 Tahun

Diploma in Accountancy (DIA) direka untuk melahirkan graduan Bumiputera yang berkemahiran dalam bidang perakaunan di peringkat subprofesional. Program francais di bawah UiTM ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan dalam perakaunan dan pengurusan, serta kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif dan profesional. Graduan berpeluang membina kerjaya sebagai akauntan yang kompeten dan menyumbang kepada kejayaan organisasi.

Diploma Pengajian Perniagaan secara kerjasama dengan UiTM

2.5 Tahun

Program ini memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar dalam bidang perniagaan melalui pengajian selama 2½ tahun (5 semester). Pelajar mempelajari pelbagai disiplin seperti perakaunan, ekonomi, pemasaran, pengurusan, matematik, statistik, teknologi maklumat, undang-undang serta komunikasi. Program ini turut menjadi laluan kukuh untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perniagaan.

Diploma Pengeluaran Produk Halal

3 Tahun

Diploma in Halal Product Manufacturing (DHPM) memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan, pengeluaran serta pengurusan produk halal merentasi pelbagai industri. Program ini melahirkan graduan yang mampu membangunkan produk halal inovatif dan berpeluang berkerjaya sebagai Eksekutif Halal, usahawan halal atau profesional dalam industri halal di dalam dan luar negara.

Diploma
Pengurusan
Pelancongan

3 Tahun

Memperolehi pengetahuan asas serta kemahiran yang diperlukan dalam industri Pelancongan Mesa Muslim Pelajar juga bakal mempunyai kemahiran dalam pengurusan seperti dalam bidang pemasaran, sumber manusia, kepimpinan dan kemahiran menggunakan komputer.

Diploma
Pengajian
Islam

3 Tahun

Pengenalan mengenai ilmu-ilmu asas Islam dan pemahaman melalui manhaj atau cara Rasulullah berdasarkan Al-Quran dan As Sunnah yang sahih bersesuaian dengan kafahaman generasi pertama. Sebahagian dari kursus merangkumi topik mengenai perkaitan segera dan praktikal kepada para pelajar.

Diploma
Pengurusan Industri
Halal

3 Tahun

Pengetahuan dan pelaksanaan amalan halal terutama dalam operasi perkhidmatan dan pengurusan industri halal termasuk makanan,kosmetik dan lain-lain.

Diploma
Kewangan Islam

3 Tahun

Pertumbuhan industri kewangan islam semakin berkembang dengan pesat, dan memerlukan lebih ramai graduan dalam industri ini. Tumpuan kepada asas-asas syariah dan kewangan islam. Dengan nilai tambah program latihan Sijil Operasi Perbankan Islam, Certificate of Islamic Banking Operation (CIBO).

Diploma
Pengurusan
Perniagaan

3 Tahun

Mempelajari bidang pentadbiran perniagaan, ekonomi, kewangan, pemasaran, keusahawanan dan inovasi, pengurusan khidmat pelanggan, pengurusan sumber manusia, perniagaan antarabangsa, pengurusan acara dan pengurusan runcit.

Diploma
Perakaunan

3 Tahun

Gabungan pengajian dalam perakaunan dengan undang-undang, kewangan dan pengurusan. Subjek pengajian anda termasuk perakaunan kewangan, prinsip ekonomi, undang-undang perniagaan, percukaian, audit dan pengurusan kewangan.

Pencapaian

Anugerah & Pengiktirafan

10,000
+
Graduan Berjaya Dilahirkan
95
%
Kebolehpasaran
Graduan
29
Tahun
Pengalaman Dalam Pendidikan
3,000
+
Pelajar
Aktif

Mengapa Memilih Kolej UNITI?

Ramai yang telah mengambil langkah pertama mereka ke arah kejayaan bersama Kolej UNITI Port Dickson. Jadilah sebahagian daripadanya sekarang!

IPT YANG KUKUH

Kolej UNITI telah berpengalaman selama 29 tahun sebagai institusi pendidikan

TEMPAT BELAJAR STRATEGIK

Tempat yang sesuai untuk belajar dengan suasana tempat yang tenang dan selesa untuk pelajar

JAMINAN PENGINAPAN

Kemudahan penginapan asrama disediakan sepenuhnya kepada semua pelajar sehingga tamat pengajian

LATIHAN INDUSTRI DISEDIAKAN

Pelajar akan dilatih melalui latihan industri mengikut bidang

KOLEJ KEUSAHAWANAN

Kolej UNITI sentiasa berusaha menyediakan peluang kepada pelajar untuk menjadi usahawan muda

YURAN YANG BERPATUTAN

Skim bayaran yang ber patutan akan disediakan untuk memudahkan pelajar membuat bayaran yuran semester

Video

Tonton pengalaman menarik di Kolej UNITI

Koperasi

Kafeteria

Penginapan

Cipta Kejayaan
Bersama Kami

Di Kolej UNITI, kami percaya setiap individu mempunyai potensi untuk mencipta masa depan yang gemilang.

Kami komited menyediakan pendidikan yang holistik, seimbang, dan berteraskan nilai-nilai murni.

Bersama komuniti pelajar dan pendidik yang berdedikasi, Kolej UNITI adalah tempat di mana impian anda bermula dan kejayaan tercipta.