Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan

Diploma Teknologi Maklumat

Diploma in Information Technology 

KOD KELULUSAN
R3/0611/4/0017

TEMPOH KELULUSAN
12/9/2023 – 11/9/2028

KOD AKREDITASI
A 9161

TEMPOH PENGAJIAN
3 TAHUN

Daftar Minat
Kemasukan 2026

"*" indicates required fields

isi dalam format +60137195173

Apa Kata Alumni?

Maklumat Program
Diploma Teknologi Maklumat

Diploma Teknologi Maklumat (DIT) di Kolej UNITI merupakan program yang direka bagi melahirkan graduan berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan bersedia memenuhi keperluan industri digital yang sentiasa berkembang. Program ini menggabungkan pembelajaran teori, latihan praktikal dan pengalaman industri bagi memastikan graduan memiliki kompetensi yang diperlukan dalam dunia pekerjaan.

Pelajar akan mempelajari pelbagai bidang teras seperti pengaturcaraan, pembangunan aplikasi web dan mudah alih, pangkalan data, rangkaian komputer, keselamatan siber, kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI), Internet of Things (IoT) dan pengkomputeran awan (Cloud Computing). Pembelajaran dilaksanakan menggunakan teknologi serta perisian terkini bagi memastikan graduan sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri.

Program ini turut menekankan pembelajaran berasaskan projek, penyelesaian masalah, inovasi serta latihan industri bagi membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam persekitaran kerja sebenar.

MENGAPA PROGRAM DITSS KOLEJ UNITI MESTI MENJADI PILIHAN?

  • Kurikulum Berorientasikan Industri

    Kurikulum dibangunkan selaras dengan keperluan industri digital dan perkembangan teknologi semasa bagi memastikan graduan memiliki pengetahuan serta kemahiran yang relevan dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

  • Pendedahan kepada Teknologi Terkini

    Pelajar didedahkan kepada teknologi seperti Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT), Cloud Computing dan Cybersecurity yang menjadi pemacu utama transformasi digital di pelbagai sektor.

  • Kemahiran Pengaturcaraan yang Kukuh

    Pelajar mempelajari bahasa pengaturcaraan seperti Java, C++ dan JavaScript sebagai asas kepada pembangunan sistem, aplikasi web, aplikasi mudah alih dan penyelesaian teknologi.

  • Pembelajaran Berasaskan Projek

    Pendekatan pembelajaran berasaskan projek serta latihan industri membolehkan pelajar memperoleh pengalaman praktikal, meningkatkan kemahiran teknikal dan membina keyakinan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

  • Peluang Kerjaya yang Luas

    Graduan berpeluang menceburi pelbagai bidang kerjaya seperti Pembangun Perisian, Pembangun Web, Pembangun Aplikasi Mudah Alih, Pentadbir Sistem, Pentadbir Rangkaian, Juruteknik Teknologi Maklumat, Eksekutif Keselamatan Siber, Penganalisis Data Junior dan jawatan lain dalam sektor kerajaan, swasta serta industri teknologi.

  • Laluan Pengajian yang Fleksibel

    Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Perisian, Sains Data, Keselamatan Siber atau bidang lain yang berkaitan di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Syarat Kelayakan
Diploma Teknologi Maklumat

  • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 mata pelajaran termasuk Matematik , atau setara dengan nya; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam sebarang mata pelajaran atau setara dengannya dan kredit dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum Gred Maqbul (Lulus) dan kredit dalan mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya; ATAU
  • Lulus SKM Tahap 3, dan kredit dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya; ATAU
  • Lulus sebarang kelayakan yang setaraf dengan Sijil (Tahap 3, MQF) dan kredit dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau setara dengannya.

Prospek Kerjaya

Pelajar lepasan DIT juga berpeluang bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat seperti;

  • IT System Support Technician
  • Linux Junior System Engineer
  • Programmer
  • IT assistant officer
  • Web developer System administrator assistant
  • Network engineer assistant
  • Project manager assistant
  • Technical support assistant
  • Database administrator assistant

Peluang Menyambung Pengajian

Pelajar lepasan DIT berpeluang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam universiti tempatan dan luar negara dalam bidang berkaitan seperti;

  • Sistem Sokongan Teknologi Maklumat
  • Sains Komputer
  • Kejuruteraan Perisian
  • Teknologi Maklumat
  • Keselamatan Komputer dan Rangkaian
  • Rangkaian Komputer

Struktur Kursus
Diploma Teknologi Maklumat

  • Discrete Mathematics
  • Computer Programming
  • Computer Architecture and Organization
  • Information Management Technology
  • Foundation English
  • Penghayatan Etika dan Peradaban
  • Calculus and Algebra
  • Data Communication and Networking
  • Database Modelling
  • Object Oriented Programming
  • Intermediate English
  • Bahasa Kebangsaan / Pengantar Pemikiran Kritis & Kreatif
  • Statistic and Probability
  • Data Structure
  • Operating System
  • Web Development and Mobile Application
  • User Experience Design
  • Kursus Integriti dan Antirasuah
  • Cloud Computing
  • Computer Hardware Technology
  • Cybersecurity
  • System Analysis and Design
  • Professional Communication
  • Khidmat Sosial
  • Kokurikulum 1a (Asas Fardhu Ain)
  • Kokurikulum 1b (Kemahiran Profesional)
  • Internet of Things
  • Ethics and Legal in Computing
  • Final Year Project
  • Multimedia System / Digital Electronics / Artificial Intelligence
  • Entrepreneurship
  • Kokurikulum 2a (asas Quran dan Tajwid)
  • Kokurikulum 2b (Badminton)
  • Industrial Training

Brosur Program
Diploma Teknologi Maklumat