
Pengenalan
Dalam program Graphic Design, subjek melukis biasanya diwajibkan sebab asas design bermula daripada kemahiran melihat, memahami bentuk, dan menyampaikan idea secara visual. Melukis bukan semata-mata untuk jadi pelukis profesional, tetapi untuk melatih cara berfikir kreatif dan komunikasi visual.
Adakah Pelajar Kena Pandai Melukis?
Tidak semestinya perlu pandai melukis macam artis profesional. Ramai pelajar grafik design pada awalnya juga “tak pandai lukis”. Yang penting:
- sanggup belajar,
- rajin praktis,
- faham asas visual.
Pensyarah biasanya lebih melihat perkembangan dan idea berbanding lukisan yang sempurna.

Kenapa Grafik Design Perlu Belajar Melukis?
1. Melatih Cara Berfikir Visual
Designer perlu tahu bagaimana sesuatu idea diterjemahkan menjadi bentuk, simbol, karakter, atau susunan visual. Melukis membantu otak berfikir secara kreatif dan visual sebelum masuk ke komputer.
Contohnya:
- sketch logo,
- idea poster,
- susun atur packaging,
- karakter animasi,
- storyboard video.
Kebanyakan idea design bermula dengan lakaran kasar dahulu.

2. Faham Bentuk, Perspektif dan Komposisi
Subjek melukis mengajar perkara asas seperti:
- proportion,
- shading,
- perspektif,
- pencahayaan,
- anatomi,
- komposisi.
Semua ini penting dalam design supaya hasil visual nampak seimbang dan profesional.

3. Bantu Kreativiti Jadi Lebih Original
Kalau hanya bergantung pada template atau AI, design mudah nampak sama dengan orang lain. Kemahiran melukis membantu designer menghasilkan idea yang lebih unik dan original.
4. Memudahkan Komunikasi Idea Dengan Klien
Kadang-kadang designer perlu cepat sketch idea ketika berbincang dengan client atau team. Tak perlu cantik macam artis, cukup untuk tunjuk konsep.

5. Asas Untuk Bidang Kreatif Lain
Melukis sangat membantu jika masuk bidang seperti:
- illustration,
- animation,
- game art,
- motion graphics,
- UI icon design,
- advertising.
Sebab itu banyak kolej dan universiti masih letak subjek drawing dalam silibus grafik design.
Disediakan oleh:
Puan Yusaini Binti Md. Yusof
Ketua Program DIGD, Kolej Uniti Port Dickson



