Skip to main content
Penglibatan Ibu Bapa Komuniti & Swasta Negeri Sembilan (PIBKS NS )

Program Tuisyen Online PIBKS

Program online tuition anjuran bersama PIBKS dan Kolej UNITI. Program ini bertujuan untuk membantu para pelajar mendapat tuisyen secara percuma dan belajar di atas talian dengan tenaga pengajar mahir yang dipilih sendiri oleh pihak JPNS. Antara kelebihan online tuition ialah ditawarkan kepada semua pelajar di Negeri Sembilan secara percuma.

Permohonan perlu dibuat melalui sekolah dan PIBKS. Terdapat empat subjek utama akan ditawarkan iaitu, bahasa melayu, matematik, bahasa inggeris dan sejarah. Para pelajar juga boleh terus berinteraksi dengan guru dan boleh mengakses bank soalan serta mendapatkan rakaman kelas secara percuma. QR code juga disediakan untuk memudahkan pelajar masuk ke program online tuition.

Daftar mudah, belajar percuma jangan lepaskan peluang ini!

Hanya beberapa langkah untuk sertai program tuisyen online anjuran Penglibatan Ibu Bapa Komuniti ( PIBKS ) dan Swasta dan Kolej UNITI.
Kelas berkualiti, guru berpengalaman, dan rakaman disediakan, semua PERCUMA!
Isi borang sekarang dan rebut peluang keemasan ini sebelum tempat penuh!

Belajar Online Mudah & Fleksibel

Login Akaun Anda untuk Mula Belajar

BIL MATA PELAJARAN TENAGA PENGAJAR TARIKH DAN MASA
1 MATEMATIK Cikgu Ahmad Sadini bin Mat Kapel
SISC+ Sains dan Matematik PPDJJ
Penanda Kertas SPM 2008–2015
Penceramah Bengkel Matematik
Isnin
8.00 malam – 10.00 malam
2 BAHASA INGGERIS Cikgu Noor Raihan Fatin binti Ruslan
English Language Educator
Guest Speaker for SPM Answering Technique 2025
Selasa
8.15 malam – 10.15 malam
3 SEJARAH Cikgu Mohamad Shafiq bin Yusoff
SMK Serting Hilir Kompleks
Rabu
8.15 malam – 10.15 malam
4 BAHASA MELAYU Cikgu Tengku Shahiran bin Tengku Ruslan
Kolej Vokasional Kuala Klawang
Pegawai Teknikal Bahasa Melayu
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
Guru Tuisyen 2019 – Sekarang
Penceramah Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM
Khamis
8.15 malam – 10.15 malam

Bermula pada 23 September 2025

Soalan Lazim Program Tuisyen Online PIBKS

Apakah tujuan program ini?

Siapakah yang layak?

Berapakah yuran yang dikenakan?

Apakah subjek yang ditawarkan?

Apakah kelebihan program ini?