Skip to main content

Fakulti Pengurusan Dan Industri Halal

Diploma Pengurusan Muamalat

KOD KELULUSAN
R3/0413/4/0016

TEMPOH KELULUSAN
23/06/2029

KOD AKREDITASI
A 9289

TEMPOH PENGAJIAN
3 TAHUN

Daftar Minat
Kemasukan 2025

Apa Kata Alumni?

Maklumat Program

Pertumbuhan industri Kewangan Islam semakin berkembang dengan pesat, dan in memerlukan lebih ramai graduan dalam industri ini. Diploma Pengurusan Muamalat Kolej UNITI memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, dengan tumpuan kepada asas-asas syariah dan kewangan Islam. dengan nilai tambah satu program latihan Sijil Operasi Perbankan Islam, Certificate of Islamic Banking Operation (CIBO).

Syarat Kelayakan

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat TIGA (3) kredit dan lulus matematik atau yang setaraf dengannya ; ATAU
  •  Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 1 kredit atau sijil yang diiktiraf (Tahap 3, MQF ) atau yang setara dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau yang setara dengannya; ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia; DAN
  • Lulus Bahasa Arab pada peringkat SPM atau setara dengannya.
NOTA :

  • i. Kelulusan Matematik pada peringkat SPM bagi calon ( i ) boleh diketepikan sekiranya kelayakan mengandungi Matematik dengan setaa/ lebih tinggi dari pencapaian,
  • ii. Calon program Muamalat tanpa lulusan Bahasa Arab pada peringkat SPM atau setara dengaanya, diwajibkan mengikuti kursus peningkatan Bahasa Arab pada permulaan program.
  • iii. Kursus peningkatan Bahasa Arab juga terpakai kepada calon dalam Ekonomi Islam, Kewangan Islam dan Pentadbiran Muamalat kecuali kepada calon yang lulus Bahasa Arab pada peringkat SPM atau setara/lebih tinggi.
  • iv. Pelajar mesti lulus kursus peningkatan Bahasa Arab sebagai prasyarat untuk kursus teras yang berkaitan. Walau bagaimanapun, ini masih membolehkan pelajar mengambil kedua-dua teras dan kursus bukan teras yang tidak memerlukan peningkatan Bahasa Arab
  • v. Kredit untuk kursus peningkatan Bahasa Arab adalah tambahan kepada program dan boleh dipertimbangkan untuk kredit bergraduat,

Prospek Kerjaya

Graduan Dalam Diploma Pengurusan Muamalat Boleh Mendapat Masa Depan Yang Cerah Dalam Industri Yang Semakin Berkembang Ini. Mereka Akan Dapat Mencari Pekerjaan Sebagai Pegawai Di Jabatan Kerajaan Dan Sebagai Penolong Pegawai Perbankan Dalam Sektor Perbankan Islam, Sektor Kewangan Dan Sebagai Perunding Muamalat (Wasiat, Pelaburan, Zakat).

Peluang Menyambung Pengajian

Pelajar Yang Lulus Dari Diploma Pengurusan Muamalat Boleh Melanjutkan Pengajian Peringkat Sarjana Mereka Di Pelbagai Institut Pengajian Tinggi Malaysia Dalam Program Berikut Ijazah Sarjana Muda Dalam Kewangan Islam, Ijazah Sarjana Muda Dalam Perbankan Islam, Ijazah Sarjana Dalam Ekonomi.

Struktur Kursus

  • Tasawur Islam
  • Introduction to Economics
  • Bahasa Arab Perdagangan I
  • Principle of Marketing
  • Principle of Management
  • Business Communication I
  • Etika & Moral di Malaysia
  • Bahasa Arab Perdagangan Il
  • Business Communication II
  • Ko-Kurikulum
  • Fiqh Muamalat
  • Business Mathematics
  • Fundamentals of accounting
  • Pengenalan Sistem Kewangan Islam
  • Business Statistics
  • Usul Fiqh
  • Pengajian Malaysia
  • Fundamentals of Finance
  • Islamic Accounting
  • Computer Application in Business
  • Pengantar Pemikiran Kritis & Kreatif
  • Qawaid Fiqhiyyah
  • Fundamentals of Takaful
  • Islamic Banking
  • Ekonomi Islam
  • Commercial Law
  • Finance of International Trade
  • English for Academic Purposes 3
  • Islamic Banking Operations
  • Investment Management
  • Lending Assessment Management
  • Islamic Management
  • Khidmat Sosial
  • Latihan Industri

Brosur Program

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke UNITI!
Biar saya bantu anda mencari Fakulti yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik \'Open Chat\' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami