Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan
Diploma Komunikasi & Media
KOD KELULUSAN
R2/321/4/0068
TEMPOH KELULUSAN
04/2028
KOD AKREDITASI
MQA/FA 1892
TEMPOH PENGAJIAN
3 TAHUN
Daftar Minat
Kemasukan 2025
Apa Kata Alumni?
Maklumat Program
Program ini dibangunkan untuk melengkapkan pengetahuan dan kemahiran tentang peranan media massa mengikut perkembangan terkini yang juga membantu dalam pembangunan pelbagai organisasi. Melalui kombinasi tori dan praktikal melalui kajian media yang dilakukan, pelajar berkemahiran dalam penulisan media, produksi audio dan video, penyiaran televisyen dan radio komersil, dan percetakan menggunakan alat dan perisian terkini.
- Kemudahan ruang teknikal yang disediakan seperti Konti Radio.
- Dapat memupuk bakat kreativiti dan inovasi, program ini dapat menanamkan kemahiran interpersonal yang berkesan.
- Membina jaringan industri dengan syarikat produksi media terkemuka.
Syarat Kelayakan
- Lulus SPM atau setaraf dengannya, dengan mendapat sekurang- kurangnya 3 kredit dalam mana- mana mata pelajaran , termasuk Bahasa Inggeris ; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengannya, dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP2.00) dalam mana-mana mata pelajaran dan kredit dalam Bahasa Inggeris di Peringkat SPM atau yang setaraf dengannya ; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya gred Maqbul dan kredit dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Lulus SKM Tahap 3 dan lulus SPM dengan kredit Bahasa Inggeris; ATAU
- Sijil atau setaraf dengannya dan mendapat kredit dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau yang setaraf dengannya; ATAU
- Sijil dalam Media dan Komunikasi atau yang setaraf dengannya.
Prospek Kerjaya
Graduan Juga Berpotensi Untuk Bekerja Di Sektor Awam Dan Swasta, Sama Ada Sebagai Profesional Atau Kakitangan Sokongan. Antara Peluang Pekerjaan Yang Akan Ditawarkan lalah Pegawai Perhubungan Awam / Penolong Pegawai Perhubungan Awam (Eksekutif PR), Eksekutif Pengiklanan, Pembantu Pengeluaran, Pembantu Editorial, Penulis Skrip, Penulis Keria Kreatif, Penulis Iklan, Tv Dan Radio Newsreader, Wartawan Akhbar, TV Dan Majalah.
Peluang Menyambung Pengajian
Pelajar Lepasan Diploma Komunikasi Dan Media (DKM) Berpeluang Untuk Menyambung Pengajian Ke Peringkat ljazah Sarjana Muda Dalam Bidang Berkaitan Di Universiti-Universiti Tempatan Atau Antarabangsa Seperti Sains Sosial (Komunikasi), Sains Sosial (Komunikasi Media), Sains Sosial (Komunikasi Dan Pengurusan Maklumat), Sains Sosial (Komunikasi Dan Dasar Awam), Sastera (Pengajian Media), Penulisan (Penulisan Skrin, Penulisan Dengan Kepujian (Penulisan Kreatif), Teknologi Media, Komunikasi Penyiaran, Komunikasi Media Baru, Komunikasi Interpersonal, Komunikasi Massa (Penyiaran), Komunikasi Massa (Periklanan), Komunisasi Massa (Perhubungan Awam), Komunikasi Massa (Penerbitan), Komunikasi Massa (Kewartawanan) , Komunikasi (Pengurusan Komunikasi Dan Polisi).
Struktur Kursus
- Pengenalan Kepada Komunikasi Media
- Asas Pengiklanan
- Pengenalan kepada Sosiologi
- Komputer dalam Komunikasi
- Foundation English
- Pengajian Malaysia 2
- Asas Kewartawanan
- Komunikasi Fotografi Digital
- Komunikasi Interpersonal
- Pengucapan Awam
- Intermediate English
- Pengantar Pemikiran Kritis & Kreatif / Bahasa Kebangsaan
- Penerbitan dan Rekabentuk Media
- Media Baru dan Rangkaian Sosial
- Asas Penyiaran
- Penulisan Media
- Keusahawanan
- English For Academic Purposes
- Undang- undang dan Etika Media
- Komunikasi dan Pengurusan Acara
- Perhubungan Awam
- Penerbitan Radio
- Professional Communication
- Etika dan Moral di Malaysia
- Media Teknologi & Masyarakat
- Penerbitan Video / Televisyen
- Metodologi Penyelidikan
- Pengumpulan dan Penulisan Berita
- Komunikasi Kepimpinan
- Khidmat Sosial
- Latihan Industri