Skip to main content

Pimpinan Tertinggi

Amir Hamzah Md Isa

Mesej daripada Ketua Pegawai Eksekutif

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,

Menjangkau usia kematangan 27 tahun, Kolej UNITI Port Dickson (UNITI) kini berdiri megah sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) yang telah melahirkan ribuan graduan cemerlang dalam pelbagai bidang.

IPT berpengalaman seperti UNITI merupakan satu komponen penting dalam ekosistem pendidikan tinggi negara. Sejak penubuhannya, institusi ini telah membuktikankan komitmennya dalam membangunkan negara bangsa melalui pendidikan.

Diperakui Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai IPT Terbilang dan Berdaya Saing, UNITI komited menyokong hasrat dan membantu usaha kerajaan memenuhi keperluan bakat dan tenaga kerja di dalam mahupun di luar negara.

Berpaksi keperluan industri, pengajaran berkualiti serta pembudayaan pembelajaran holistik dan keusahawanan sepanjang tempoh pengajian, semua program pengajian yang ditawarkan mendapat perakuan dan akreditasi Malaysia Qualification Agency (MQA).

Ia sekali gus menjadikan graduan UNITI pilihan utama majikan sama ada di sektor awam mahupun swasta.

Kadar kebolehpasaran yang tinggi dalam kalangan graduan juga telah menarik lepasan sekolah dari segenap pelosok tanah air malahan pelajar antarabangsa dari Indonesia dan Brunei untuk melanjutkan pengajian setiap tahun.

Mendepani masa mendatang, UNITI berazam untuk terus melangkah gagah, berani dan berperanan melangkui zaman seterusnya ke peringkat global.

UNITI kini sedang merangka Wawasan #UNITI2030, satu tekad bersungguh-sungguh seluruh warganya untuk menjadi IPT terbaik negara.

Selamat mengenali UNITI!

“Insya Allah”
Terima Kasih.

Amir Hamzah Md Isa
Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke UNITI!
Biar saya bantu anda mencari Fakulti yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik \'Open Chat\' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami