
MAKLUMAT PENGELUARAN KEPUTUSAN SPM TAHUN 2024 DAN PANDUAN SEMAKAN KEPUTUSAN KEPADA CALON
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada Khamis, 24 April 2025, mulai jam 10.00 pagi.




Calon sekolah boleh hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing manakala calon persendirian boleh hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri.
Calon juga boleh menyemak keputusan SPM Tahun 2024 masing-masing dengan mudah dan pantas secara dalam talian atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Semakan dalam talian:
Semakan melalui SMS:
SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran & hantar ke 15888
Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024.