Program online tuition anjuran bersama PIBKS dan Kolej UNITI. Program ini bertujuan untuk membantu para pelajar mendapat tuisyen secara percuma dan belajar di atas talian dengan tenaga pengajar mahir yang dipilih sendiri oleh pihak JPNS. Antara kelebihan online tuition ialah ditawarkan kepada semua pelajar di Negeri Sembilan secara percuma.
Permohonan perlu dibuat melalui sekolah dan PIBKS. Terdapat empat subjek utama akan ditawarkan iaitu, bahasa melayu, matematik, bahasa inggeris dan sejarah. Para pelajar juga boleh terus berinteraksi dengan guru dan boleh mengakses bank soalan serta mendapatkan rakaman kelas secara percuma. QR code juga disediakan untuk memudahkan pelajar masuk ke program online tuition.
Daftar mudah, belajar percuma jangan lepaskan peluang ni!
Hanya beberapa langkah untuk sertai program tuisyen online anjuran Penglibatan Ibu Bapa Komuniti ( PIBKS ) dan Swasta dan Kolej UNITI.
Kelas berkualiti, guru berpengalaman, dan rakaman disediakan – semua PERCUMA!
Isi borang sekarang dan rebut peluang keemasan ini sebelum tempat penuh!
Soalan Lazim Program Tuisyen Online PIBKS
Apakah tujuan program ini?
Program khas ini adalah satu usaha berterusan pihak PIBKS Negeri Sembilan untuk terus membantu pencapaian bagi pelajar SPM N9 sekurangnya untuk layak memperolehi sijil. Program ini melibatkan kerjasama dwngan rakan strategik pihak swasta.
Siapakah yang layak?
Pelajar N9 adalah layak menyertai program ini dan keutamaan diberi kepada pelajar sekolah harian biasa kerajaan.
Berapakah yuran yang dikenakan?
Tiada yuran dikenakan
Apakah subjek yang di tawarkan?
Subjek yang ditawarkan ialah Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Bahasa Melayu.
Apakah kelebihan program ini?
Kelebihan program ini dibuat secara talian, rakaman kelas disediakan dan tenaga pengajar terdiri dari guru pakar
Akses Mudah Dari Rumah
Pelajar boleh belajar dari mana-mana sahaja hanya dengan peranti dan sambungan internet.
Subjek Teras
Pelajar akan dibimbing secara intensif dalam subjek-subjek teras ini bagi membantu mereka mengukuhkan asas akademik dan mencapai keputusan cemerlang
Rakaman Kelas
Setiap sesi akan dirakam dan boleh ditonton semula pada waktu yang sesuai, ikut keselesaan anda.
Like Nothing You've Seen
Kaedah Pengajaran Interaktif
Menggunakan platform moden seperti Google Meet/Zoom dengan aktiviti yang menarik dan mudah difahami.
Percuma Sepenuhnya
Tiada yuran dikenakan! Program ini disediakan tanpa sebarang bayaran kepada peserta.
Fokus Pada Subjek Teras
Menekankan penguasaan subjek penting seperti BM, BI, Matematik & Sejarah





