Berlangsung pada Pagi ini, di Dewan Zaaba Kolej Uniti dengan Festival Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK Uniti) yang dianjurkan oleh pelajar.

Program ini turut disertai oleh kanak-kanak tadika dari kawasan sekitar, menjadikannya peluang berharga bagi pelajar untuk berlatih dan memperhalusi kemahiran dalam mengendalikan aktiviti untuk anak-anak kecil. Pengalaman ini diharapkan dapat membina keyakinan dan kemahiran mereka sebagai pendidik awal kanak-kanak yang kreatif dan berdedikasi!