icon website

HARI SUKAN NEGARA 2022

Hari sukan negara

8 OKTOBER 2022 | BERTEMPAT DI KOLEJ UNITI PORT DICKSON

2022
HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2022 PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON.
TANJUNG AGAS, 08.10.2022- Telah berlangsung Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2022 Peringkat Daerah Port Dickson bertempat di Kolej Uniti Tanjung Agas Port Dickson. Tema pada tahun ini ialah “Keluarga Malaysia Aktif”dan berkonsepkan Sukan Fit Community.
 
Antara Pengisian program sepanjang program berlangsung ialah Senamrobik Perdana, Fun Ride, Fun Walk, Aerobicthon, Pertandingan Memanah, Pertandingan 3 on 3 Bola Jaring, Pertandingan Street Soccer, Pertandingan Kastem Hotwheels, Pertandingan Bayblade, Pertandingan Gundam Builder, Pameran Agensi, Saringan Kesihatan, Demo Drift Bike, Booth Jualan dan juga foodtruck. Dianggarkan lebih 2000 orang yang hadir mengambil bahagian serta memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Port Dickson pada tahun ini.
 
 
Majlis Perasmian, Pelepasan peserta Fun Ride, Fun Walk serta Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato Hj. Abdul Rahman bin Mohd Redza Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Linggi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Port Dickson dan turut di hadiri oleh Encik Amir Hamzah bin Md Isa, Ketua Eksekutif Kolej Uniti Port Dickson, En. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson serta Ketua dan wakil Ketua Jabatan Peringkat Daerah.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Kolej Uniti Port Dickson yang banyak membantu bagi menjayakan program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada KEFA Aerofit Sport Club yang menjadi rakan strategik dalam melaksanakan program pada tahun ini.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua agensi-agensi dan badan NGO’s yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan Hari Sukan Negara Tahun 2022 Peringkat Daerah Port Dickson ini berjalan dengan lancar.Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dimasa akan datang dalam usaha membudayakan sukan dalam gaya hidup sihat.