icon website

MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN KE-19 2022

MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN KE-19

21 MEI 2022 | BERTEMPAT DI BANGI AVENUE CONVENTION CENTRE

2022

KOLEJ UNITI Port Dickson telah mengadakan Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-19 di Pusat Konvensyen Bangi Avenue, pada 21 Mei 2022.

Majlis perasmian konvokesyen ini disempurnakan Ahli Dewan Negara yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Seramai 853 graduan yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2020, 2021 dan 2022 menerima diploma masing-masing dalam istiadat konvokesyen tersebut. Mereka terdiri daripada 449 graduan Fakulti Pengurusan Industri Halal; 342 graduan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia dan 62 graduan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan.

Istiadat konvokesyen itu adalah kali pertama diadakan selepas dua tahun pandemik COVID-19. Pihak kolej juga telah menganugerahkan Diploma Pengajian Islam kepada seorang graduan, Allahyarham Muz Mohd. Nasir.

Katanya, Muz, 22 yang juga seorang guru al-Quran terlibat dalam kemalangan meragut nyawanya di Nilai, Negeri Sembilan semasa perjalanan ke tempat kerja.

Diploma Pengajian Islam itu akan diserahkan kepada keluarga Allahyarham yang hadir ke istiadat konvokesyen berkenaan.

Selain itu, beberapa orang graduan cemerlang turut diraikan sebagai penerima Anugerah Khas Pelajar.

Ia termasuk pelajar berkeperluan khas iaitu ketidakupayaan penglihatan, pelajar autisme dan pelajar yang terpaksa menjaga bapa yang sakit semasa pengajian.

Kolej juga menganugerahkan Anugerah Khas Alumni kepada bekas-bekas pelajar yang berjaya dalam bidang masing-masing.

MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN KOLEJ UNITI KE-19

PERARAKAN MASUK PARA GRADUAN

Para-para graduan daripada Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan, Fakulti Pengurusan dan Perindustrian Halal & Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.

PERARAKAN MASUK PARA VVIP

Para dekan, tetamu kehormat dan pensyarah ke dalam dewan bersama Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Encik Amir Hamzah bin Md Isa, Ketua Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson.

TAHNIAH KEPADA PARA PENERIMA ANUGERAH

ANUGERAH KHAS ALUMNI

Prof Madya Dr Mohd Riduan Ahmad yang kini bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

ANUGERAH KHAS AL-KHAWARIZMI

Ahmad Mu’az Hazimi Muzahar. Beliau merupakan pelajar Diploma Pengurusan Industri Halal di Kolej Uniti Port Dickson.
ANUGERAH KHAS Al-Khawarizmi dianugerahkan kepada graduan yang cemerlang dan mempunyai kegigihan yang tinggi sepanjang tempoh pengajian.

ANUGERAH AL-GHAZALI

Diploma Pengurusan Industri Halal, Muhammad Aiman Farhan Zaidi.
ANUGERAH KHAS Al – Ghazali dianugerahkan kepada graduan yang cemerlang dalam bidang akademik dan aktiviti ko-kurikulum.

ANUGERAH AL-FARABI

Diploma Psikologi Kaunseling kelainan upaya (ketidakupayaan penglihatan), Muhammad Ramadhan Mubaraq Norzaihan.
ANUGERAH KHAS Al – Farabi dianugerahkan kepada graduan yang memiliki kecemerlangan di dalam kepimpinan pelajar serta penglibatan yang tinggi dalam aktiviti ko-kurikulum bagi kategori siswa.

ANUGERAH AL-SHIRAZI

Auni Qistina Mohd Azlin graduan Diploma Pengurusan Industri Halal di Kolej Uniti Port Dickson.
ANUGERAH KHAS Al – Shirazi dianugerahkan kepada graduan yang memiliki kecemerlangan di dalam kepimpinan pelajar serta penglibatan yang tinggi dalam aktiviti ko-kurikulum bagi kategori siswi.

ANUGERAH PRESIDEN

Graduan Diploma Pengajian Industri Halal Kolej Uniti Port Dickson, Nurul Aisyah binti Fairos.
Beliau terpilih atas kecemerlangannya dalam akademik dengan keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif 3.98 selain penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan kepimpinan.
ANUGERAH PRESIDEN dianugerahkan kepada graduan yang memiliki keputusan akademik yang cemerlang, penglibatan yang tinggi dalam aktiviti ko-kurikulum dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan sepanjang pengajian di Kolej UNITI.

ANUGERAH TOKOH ALUMNI, KATEGORI KEUSAHAWANAN

Puan Noor Fara Atikah Binti Mohammad yang merupakan Pengusaha Tadika di Melaka.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENJAYAKAN MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ UNITI PORT DICKSON YANG KE-19 PADA TAHUN 2022