Search
Close this search box.
icon website

NO. PERAKUAN PENDAFTARAN : DK036(N)

DULU HANYALAH SEORANG PELAJAR, KINI SUDAH BERGELAR PENSYARAH DI TEAMPAT BELAJAR SENDIRI

Pelajar yang mesra dengan panggilan Zakiah ini berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan mengambil jurusan Diploma Pendidikan Prasekolah di Kolej UNITI, Port Dickson. Zakiah dulu merupakan seorang yang pemalu dan pendiam namun tidak dapat dinafikan, sememangnya beliau merupakan seorang pelajar yang rajin, bersungguh- sungguh dan komited dalam pembelajarannya. Admin masih ingat, bagaimana begitu bersungguh- sungguh melaksanakan pembentangan sebagai tugasan kumpulan bagi menjelaskan binaan model Tadika/Taska semasa dia di Tahun Kedua (semester 3) di Kolej UNITI. Zakiah dan rakan-rakannya berjaya menghasilkan model Tadika/Taska yang menarik dan kreatif!

Selama tiga tahun belajar di Kolej UNITI, Zakiah mula jatuh cinta dengan bidang pendidikan awal kanak-kanak. Sedikit demi sedikit, beliau membina keyakinan diri dan tidak ragu- ragu lagi dengan pilihan pengajian diplomanya. Sesekali, pernah juga Zakiah berasa ‘down’ dalam pembelajaran tetapi beliau tidak mudah patah semangat dan sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik.

Dalam Program’ Aspresi Seni dan Pergerakan Kreatif’, Zakiah dan rakan-rakan sekelasnya berjaya mendapat tempat kedua daripada 8 kumpulan yang bertanding! Wahhhh…jelas kesungguhan Zakiah dan rakan-rakannya untuk memberi persembahan yang terbaik dalam tugasan bagi Subjek ‘Art And Music’ tersebut. Terserlah keyakinan untuk menyanyi dan menari lagu kanak-kanak walaupun pada mulanya beliau rasa malu dan tidak yakin!

Berkat usaha gigih Zakiah serta sokongan pensyarah, keluarga rakan-rakannya, beliau berjaya menamatkan pengajian di Kolej UNITI dengan jayanya pada tahun 2012. Selepas tamat pengajian di Kolej UNITI, minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak mendorong beliau menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) di Universiti Selangor (Unisel). Kini, beliau merupakan pemegang Master Ijazah Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Dipendekkan cerita, pada awal 2019, Kolej UNITI mengadakan sesi temuduga bagi jawatan pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kolej UNITI.  Salah seorang calon yang menghadiri temuduga itu ialah Zakiah! ‘Tak sangka admin dapat berjumpa bekas pelajar yang admin pernah ajar dulu. Jika dah tertulis rezekinya memang ‘tak ke mana ‘kan. Alhamdulillah, rezeki memihak kepada Zakiah apabila beliau terpilih untuk berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia (FPPM) Kolej UNITI Port Dickson. Selain minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, pengalamannya sebagai pensyarah selama 5 bulan di TAJ International College juga memberi keyakinan kepada beliau untuk kembali berbakti ke Kolej UNITI- tempat beliau menuntut ilmu dulu!

Yang pasti, Zakiah masih orang yang sama seperti dulu. Tidak menyombong, merendah diri dan murah dengan senyuman! Beliau gembira dapat berjumpa dengan pensyarahnya dan masih tidak lupa tentang pengalamannya semasa belajar di Kolej UNITI. Paling best, beliau masih boleh bercerita dengan bangga tentang pendidikan prasekolah serta apa yang beliau praktikkan dalam kerjayanya hari ini. Moga kisah Zakiah ini menjadi inspirasi buat para pelajar Kolej UNITI. Kami warga Kolej UNITI mendoakan agar Zakiah  terus meraih kecemerlangan dalam kerjaya yang diceburinya ini.

Zakiah

Graduan Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2012